KENAPA DATO SRI VIDA TAK TAJA PENCETUS UMMAH?
Dato Vida pun bukan suka hati je nak taja apa‐apa program. Kalau dia nak taja, biarlah tajaannya itu beri modal dan bawa keuntungan pada dia balik!

Eh, kenapa ya?

Jawapannya,  

Suka hati Dato Vida la. Hehe.

Tapi, Dato Vida pun bukan suka hati je nak taja apa‐apa program. Kalau dia nak taja, biarlah tajaannya itu beri modal dan bawa keuntungan pada dia balik!

Dulu, dia tak taja Pencetus Ummah, sebaliknya taja Ceria i‐Star.

Untuk Ceria i‐Star, antara sebab utama dia taja rancangan ini kerana...

Rancangan ini ditonton oleh ibu bapa dan anak‐anak.

"Habis, itu je sebabnya?"

Anda perasan tak apa yang DS Vida promote dalam rancangan ni?

YA, DIA PROMOTE KAPSUL KECERGASAN UNTUK KANAK‐KANAK!

Berapa ramai kanak‐kanak yang tengok Ceria i‐Star ni? Dan ibu bapa yang tengok cerita ni pun, mesti terasa,

"Wah, aku pun nak jugak anak aku pandai macam peserta dalam Ceria i‐Star ni..eh, DS Vida ada jual produk kecergasan la. Boleh try ni!"

Betul tak?

Dan kenapa Kopi Pak Belalang taja Pencetus Ummah (PU)?

Sebab produk kopi dah terlalu banyak! Jadi, Kopi Pak Belalang nak fokuskan jualan kopinya pada mereka yang islamik sikit .

Yang tengok PU tu, mesti la islamik kan? Atau ada la sedikit keimanannya..hehe.

Sebab tu dia tengok rancangan Pencetus Ummah.

Saya tak nak kupas apa yang berlaku kepada Kopi Pak Belalang sekarang. Cuma, begitulah apa yang mereka rancangkan.

Mereka mahu tarik pelanggan mereka yang islamik dan minat pada kopi. Itulah sasaran pelanggan mereka.

Mereka tahu, mustahil untuk mereka mengalahkan jenama kopi yang besar seperti Nescafe yang digemari oleh orang muda‐muda, mahupun jenama kopi Che Nah yang digilai oleh golongan berusia.

Jadi, mereka sasarkan kepada peminat kopi yang islamik.

Sebelum ini di Malaysia, kita ada Kopi Radix yang memang fokuskan jualan kopi mereka kepada golongan yang islamik sebegini. Bila zaman kegemilangan Kopi Radix hampir berakhir, Kopi Pak Belalang pula yang mengisi kekosongan ini.

Sekarang zaman Kopi Pak Belalang pun rasanya sudah berakhir. Jenama kopi mana lagi yang ingin mengisi kekosongan sasaran pelanggan ini ?

Satu lagi contoh,

APOLLO

Ingat iklan Apollo? Apollo banyak taja cerita kartun kan? Zaman kita dulu‐dulu, bila tengok Dragon Ball, iklan ni la yang selalu muncul. Ingat lagi? Bila habis tengok Dragon Ball, mula la teringin nak makan Apollo.

Sebab budak‐budak je suka tengok cerita kartun, dan budak‐budak je yang suka beli Apollo!

Mereka tak tayang waktu berita pukul 8 malam sebab budak‐budak tak tengok berita pun.

Anda belajar sesuatu?

Apa yang dibuat oleh DS Vida, Kopi Pak Belalang dan Apollo ini adalah mereka tujukan iklan yang tepat dan bersesuaian kepada pelanggan sasaran mereka. Harap anda dapat lihat betapa pentingnya sasaran pelanggan anda. Biar sasaran pelanggan anda kecil, asalkan ia tepat, maka itulah yang terbaik.

Anda dah nampak siapa pelanggan sasaran mereka ?

Dan bagaimana mereka cari di mana sasaran mereka berada?

Anda boleh aplikasikan apa yang mereka buat ini kepada bisnes anda. Bukan bermaksud anda perlu taja rancangan tv.

Tapi,

Jika anda nak lariskan produk yang anda jual, sebelum anda buat iklan / ayat iklan, anda perlu terlebih dahulu tentukan siapa pelanggan sasaran anda. Dah tahu siapa pelanggan sasaran anda, barulah anda boleh promote produk anda kepada pelanggan yang anda sasarkan.

Jadi, untuk bisnes anda, siapakah pelanggan sasaran anda?

Masih tak tahu siapakah pelanggan sasaran produk anda?

Untuk memudahkan anda membuat avatar anda sendiri, anda boleh download edisi PERCUMA Ebook The Art of StoryTelling ini. Dalam ebook ini, saya sertakan beberapa soalan yang anda perlu jawab. Daripada jawapan yang anda sertakan, anda boleh membina sendiri sasaran pelanggan bagi produk atau servis anda. Tekan gambar di bawah untuk download sekarang :

Leave a Reply

Download Ebook The Art of StoryTelling FREE version

Masukkan nama dan emel anda di bawah untuk kami hantarkan link download terus ke emel anda.