CARA TENTUKAN SIAPA YANG AKAN BELI PRODUK ANDA?
Kisah ini mungkin membuka mata anda untuk melihat pentingnya menjual produk atau servis anda kepada sasaran pelanggan anda.

Kisah ini mungkin membuka mata anda untuk melihat pentingnya menjual produk atau servis anda kepada sasaran pelanggan anda.

Tak kisah pun sasaran pelanggan anda itu kecil. Asalkan mereka adalah sasaran yang tepat, maka insya-Allah jualan lebih mudah berlaku.

cara tentukan pelanggan sasaran customer avatar nak beli produk

Kisahnya begini…

.

Si penjual pisang yang menjual pisang di tepi sungai. Pelanggannya, buaya.

Jangan kata jual, kalau bagi free pun buaya tu tak ingin nak pandang pisang tu!

Kalau nak laku, jual la pisang tu kat monyet.

Confirm laku keras!

Tapi, jangan terus puas hati.

Kaji lagi. Dalam banyak-banyak monyet, rupanya monyet betina yang lagi gila makan pisang.

Dan dalam kalangan monyet betina, rupanya monyet betina yang sedang mengandung 3 bulan paling melantap pisang!

Jadi, jual je la pisang pada monyet betina yang tengah mengandung 3 bulan!

.

Dari sini kita boleh dah buat copywriting khas untuk jual pisang ni pada monyet betina bunting. Contonya:

"ADA MONYET BETINA BUNTING YANG MAHUKAN PISANG?"

.

Sama juga kalau anda jual pil habbatus sauda.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh rakan FB.

Dia cerita, rakannya menjual pil habbatus sauda. Ya, kita juga tahu akan kelebihan habbatus sauda. Memang banyak sangat kelebihannya.

Jadi, rakannya habis cerita semua kelebihan yang ada pada habbatus sauda. Habbatus sauda ni jadi penawar kencing manis la, kencing tak lawas la, diabetes, milk booster, pening la, migrain la. Macam-macam la.

Dia ingat bila sasaran pelanggannya besar, maka lebih besar juga incomenya.

Tapi sebenarnya tidak!

Hinggalah dia fokuskan kepada satu saja sasaran pelanggannya, iaitu buat ibu yang sedang menyusukan badan.

Seperti yang ditulis, antara kelebihan habbatus sauda ialah milk booster.

Jadi dia pun fokuskan habbatus sauda ini sangat bagus untuk membanyakkan susu badan buat ibu yang sedang menyusukan bayinya. Pada waktu itu jugalah dia mengumpulkan sebanyak mungkin testimoni.

Hasilnya, pil habbatus saudanya laku keras!

Lihatlah. Tak perlu pun dia nak tarik orang diabetis ke, migrain ke, lemah badan ke, untuk beli pil habbatus sauda dia. Tapi cukuplah dia tarik satu golongan sasaran sahaja.

.

Kesimpulannya, tak perlu tembak semua. Tembak sasaran yang tepat saja.

.

Kalau anda belajar sesuatu dari tulisan ni, cuba komen "pisang."

Jika anda ingin belajar lebih lanjut cara untuk tulis copywriting tepat kepada sasaran pelanggan anda, download edisi PERCUMA Ebook The Art of StoryTelling ini. Klik gambar di bawah untuk download :

Leave a Reply

Download Ebook The Art of StoryTelling FREE version

Masukkan nama dan emel anda di bawah untuk kami hantarkan link download terus ke emel anda.